Ads 468x60px

Pages

Featured Posts

Thursday, 29 December 2011

Azam Tahun 2012


Untuk tahun 2012, macam biasa ade banyak azam tapi yang baru dan yang paling top on the list ialah..

"Menambah bilangan ahli keluarga"


OK dah! takde idea dah nak coret ape2 kat sini :)

ps:
to the readers, doakan rezeki kami dimurahkan dan dapat capai azam ini ya

Sunday, 4 December 2011

Semakin Lama Semakin Mengenali



Baju yang aku pakai di atas ialah hasil jahitan oleh encik suami. polka dot itam merah. iaitu percubaan yang ketiga. baju kurung moden hasil percubaan pertama menjadi tapi aku xberapa selesa sangat. nape entah! so, belum pakai lagi. but, jumaat lepas aku pakai baju kurung moden hasil percubaan kedua. best3! kawan2 sume ok cantek and menjadi. btw, baju kat atas ni aku akan pakai masa dinner kat institut kimia malaysia (IKM) hari jumaat nanti. tak sabar rasanya....

semalam pi pasar malam, dapat sambar lagi 2 pasang kain. beliau akan jahit sepasang petang ni spya aku boleh pakai minggu depan. bila kira2 balik, banyak jugak jimat tau. baju polka dot cam kat atas ni aku tgk harganya ialah rm100++ kat PKNS bangi. but then, kalau jahit hanya spend less than rm30 je. harga kain sepasang ialah rm25. maybe singgit dua untuk benang etc. leh jimat rm70. ehehehe. senang kalu ade orang terdekat kita yang pandai jahit, leh suh die buat exactly baju camne yang kita nak. kadang2 kalu pi anta tukang jahit, ade je yang x kena..

lepas kwen ni, rasa cam semakin mengenali encik suami. die rupanya serba boleh. usahkan menjahit, memasak pon terer. kalu bertanding, wajib die yang menang. ehehe.. alhamdulillah.. rasa bertuah pulak. selagi die lom dapat keje ni, ok le die guna masa untuk buat benda yang die suka i.e menjahit ni.

:)

Monday, 28 November 2011

Merindu


Aku baru kembali daripada kelantan. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik ke sana berjalan lancar. jalan yang dilalui tidak terlibat dengan banjir. so, pada sesapa yang nak balik kelantan silakan lah. jangan cuak jangan takut.

selama 3 minggu rumah ni riuh rendah dengan karenah budak2. bila diorang xde, rasa sunyi sedih sayu je. esp bila teringat dekat si kecik bongsu. seriously, kalau boleh memang aku nak jaga budak tu. tapi ape kan daya, budak tu la yang abah paling nak jumpa. aku rindu

- nak tengok telatah die hisap ibu jari kanan dan tangan kiri gentel telinga abg2 die
- nak die cium pipi kanan, kiri, dahi dan hidung
- aksi die bila dia nak gula2
- aksi dia bila dia nak aiskrim
- nak tengok dia main game kat laptop
- nak tengok die main ps2
- nak tengok die amek wudu untuk solat (basah lencun baju)
- nak dengar die baca al-fatihah dengan kuatnya ikut imam semasa solat
- nak tengok sujudnya time solat yang berbaring mencium sejadah

arrrrgggghhhh... rindu sumerrrrrrr...

btw, umur die baru 2 tahun lebih.

Thursday, 24 November 2011

Once in a while


tetibe aku rasa bersalah pulak kepada encik blog ni. asyik xsempat je nak update. takut makin lame makin tak terupdate.. ish3.. kesian3.. OK. arini aku nak update a few things about my current life.

1) DS51
after sbulan lebih menunggu, akhirnya 21 november menjadi tarikh keramat di mana secara rasminya aku dilantik menjadi PENSYARAH UNIVERSITI DS51. syukur3. walaupon xsempat nak merasa gaji ds51 pada bulan ni, walau ape2 pon syukur la sbb semua nya lepas. nak jugak UKM amek aku keje ngan die. huhu..

2) Pindah pejabat
2 bulan sblm ni aku dekat bangunan sains nuclear. pejabat aku kat situ tu ok. besar! tapi x larat le nak jalan jauh setiap kali nak ke pejabat am amek surat or untuk pi lecture. then, ade 1 bilik kosong dekat bangunan sains kimia yang mana penghuni asalnya pi sambung belajar. since aku dah cop bilik tu awal2 dengan pengerusi, dapatla aku dok sebumbung dengan pensyarah kimia yang lain. tetapi, bilik terbaru ni agak kecil dan usianya nampak lebih lanjut. di tambah lagi dengan perabut yang agak usang. tapi xpela, nanti pandai2 le decorate bagi nampak cantek and ceria. ps: terima kasih kepada encik suami sbb tolong bersihkan bilik dan susun perabut drp pagi sampai tengari tadi. love you lah!

3) Kembali berdua
Untuk pengetahuan, abah aku dah keluar drp hospital. dah 3-4 hari dah. katanya doktor tak jadi nak operate tulang belakang sbb die dah boleh duduk dan tak rasa sakit. cume tulang punggung je doktor xleh nak buat ape2. kena tunggu die baik dengan sendiri which is amek masa 3-4 bulan jugak la. so, kat rumah kelantan hanya ada adik yang tengah dok spm, ma and abah shaja. almost everyday, abah msg bosan and rindu kat adik (esp adik bongsu). drp situ, aku tau la yang abah nak diorang balik. yela.. rumah besar tapi xde orang. sunyi ler. disebabkan xnak menghampakan harapan abah, aku akan balik ujung minggu ni anta bebudak tu. pada asalnya ade 2 orang nak stay dengan harapan leh main ps2 kat sini la. but then, aku memang plan nak anta balik kelantan ps2 tu. bila si dua orang ni tau je, terus xjadi nak stay bangi. semua nak balik kelantan dah. ehehe.. di sbbkan total mereka ialah 6 orang harusla x muat kete myvi. so, 3 orang yang paling besar akan balik naik bus. yang paling kecik 3 orang akan naik sama ngan aku. tapi yang aku paling risau skrg ialah keadaan banjir, xtau la jalan yang kami nak lalu ni akan/dah banjir. haish.. risau gak beb. ape2 pon aku and suami harap perjalanan malam esok akan smooth. amin3..

ok. sekian untuk kali ini
assalam

Sunday, 6 November 2011

Raya Korban (be strong abah)

Nama je raya tapi aku tak rasa cam raya pon. Bila orang yang kita sayang tiada di depan mata. Abah ma di hospital, tinggal aku dan adik2 je di rumah. Naseb baik ada encik suami. Ade la semangat sikit nak beraya2. Dengan usaha beliau dapatla kami sekeluarga makan nasi impit bersama2 kuah kacang, rendang daging dan kari ayam. Alhamdulillah..

Asalnya aku xdapat balik raya di kampung atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. Tapi bila berlaku emergency kena la balik jugak. Pada hari khamis 3 Nov, abah terjatuh lagi semasa bekerja dari ketinggian 15 kaki. Kalau pada tahun 2004, jatuh drp ketinggian 18 kaki dan patah tulang belakang. Akibatnya, kena operate masukkan besi di beberapa bahagian tulang belakang beliau. Walaubagaimana pon, kemalangan kali ini lagi teruk berbanding 2004, pabila melibatkan sedikit tulang belakang dan jugak tulang punggung. Akibatnya beliau tidak boleh bergerak langsung. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. huhu..

Makan minum, buang air semuanya di katil. Beliau tidak boleh mengiring atau membalik2kan badan. Keadaan begini akan berterusan sehingga la dapat slot untuk ct scan. Yang tak bestnya ramai staff yang cuti time raya camni. so, kena la tunggu after raya untuk scan. Terpaksa la abah dok tahan camtu lagi beberapa hari. Tambahan lagi, diorang suspek ade penyakit Tibi. So, diorang kena buat satu2. diagnose tibi, tulang belakang, tulang punggung dan tulang paha.

Unfortunately, accident ni berlaku time aku dah mula dapat banyak keje. Pengganti S/U untuk bengkel NMR 2011. Kalau tak dapat keje ni memang aku nak dok lama sikit kat kampung. Untuk jaga adik2. Nak tak nak malam ni @ esok pagi nak kena gerak balik KL. Oleh kerana, x sampai hati nak biarkan budak2 kecik ni (since ade adik yang demam) kat kampung aku bawak diorang balik sekali. Tapi x semua sbb ade lagi adik yang belom abis exam. For tonight, 4 orang akan ikut aku and a few other akan naik bus after diorang cuti sekolah.

Hopefully, diorang tak meragam la bila dok kat sana nanti. aku hanya risaukan yang bongsu farhan tu je. dah kurus gila sbb demam. xnak makan. die rapat dengan akak die yang sorang lagi (the only adik perempuan aku). tapi budak pempuan tu belom leh ikut lagi. janganlaaa nangis cari kakak die nanti. risau jgak..

Jap lagi nak ke hospital, bawak adik2 beraya ngan abah ma. Bawak makanan sekali untuk diorang. Lembu (1 bahagian) yang aku korbankan tu naseb bek ade orang tolong uruskan. Mak angkat aku tolong potong2, bahagi kat orang kampung. Harap kat aku, harus la xpandai. Kalau ma ade ma tolong buatkan. huhu

^_^

Monday, 31 October 2011

ChemDraw Subscription


Sebagai sorang yang berkecimpung dalam bidang kimia, aku xdapat nak bayangkan hidup ini tanpa software yang bernama ChemDraw. Seriously merana hidup! Aku ade kenal sorang makhluk Allah di UKM ni, die kena buat lecture notes untuk sorang lecturer and die guna software yang aku pon xtau akan kewujudannya. Ia berfungi sama macam kau lukis garis biasa dan add textbox untuk tulis2. tak ingat la pulak nama software tu. aku rasa untuk buat more complicated structure memang susah giler. sedangkan bagi sesape yang guna chemdraw memang tau, betapa superb and bergunanya benda alah itu.

OK straight to the point. Ia boleh didapati drp http://www.cambridgesoft.com tapi untuk download nya kita kena berada dalam insititution yang subsribed chemdraw tu. masa kat bristol, aku xdak masalah since University of Bristol memang subsribed. Memang best giler, walau berapa banyak laptop yang kau ada, sume kau boleh install chemdraw and akan valid for 1 year. boleh sentiasa renew selagi kau masih aktif di uni tersebut.

bila dah balik mesia aku mula cuak. camne kalu dah xleh nak renew? sbb aku tau UKM tak subscribe. aiyoo.. takkan nak kena beli sendiri kut? gulp.. dahla mahal.

tapi,

alhamdulillah. since email bristol aku still active walaupon aku dah tinggalkan sana dah lebih sebulan aku berjaya renew chemdraw software yang dalam komputer/laptop untuk setahun lagi (until 30/10/2012). legaaaaaa..

tapi,

cube bayangkan 1 year from now..

sekian
:D

Friday, 21 October 2011

Masalah Dunia


korang tau x masalah apa yang paling mengganggu fikiran orang pempuan?
tapi x semua pempuan risaukan masalah yang sama
bagi aku masalah ni drp dulu sampai sekarang x pernah selesai

1. masalah kulit.
awal2 kat bristol dulu ok je. but towards the end to kulit macam kertas pasir. grrrrr.. takut2 di sbbkan skincare yang aku pakai, then aku amek inisiatif untuk stop tepek chemical kat muka. tapi itu bukan penyelesaiannya. maksudnya x berkesan ler. balik mesia semakin menjadi2. asal masuk ofis, abis 1 muka ni gatai. asal menjelang malam kat umah je mula la gatai satu muka and leher. ape kejadahnya? aku pon xpaham dah wei. then aku cuba cari product lain. yang drp dulu lagi aku bercita2 nak guna. yang mana orang sekeliling aku pakai sangat ok. iklan kat tv pon gempak mantap giler. which is SKII. kalu korang xtau, tipu sangat ler. benda tu mahal giler ok. tapi aku x lah beli complete set. aku cuba yang trial pack sahaja. trial je pon lebih RM400 ok! daaaaaaa.. mula2 pakai rasa ok sikit. but masuk minggu ke 2, perrghhhh.. sama saje! x de kesan ape2 je. kulit jadi lagi kering ado la.. sigh.. skrg ni aku blur. xtau nak selesaikan camno lagi ni haaa..tulun3! skrg ni aku rasa nak jual balik SKII tu. bazir je spent hamal2, habuk pon tarak.. (giler ganas ayat kali ni)

2. masalah kebuncitan.
nak kata pregnant, x jugak. tapi buncit mengalahkan ada isi. tapi xleh nak marah gak laa.. dah tak control makan. start balik ke sampai la tido, mulut x henti2 nak mengunyah. sampai ada satu tahap, sakit perut sbb kenyang. boleh?? hari2 cenggitu. kat opis pon sama gak. hari2 mesti nak bawak bekal. tapi masalahnya ialah, sesampai kat opis terus bukak bekal and makan (walaupon dah brekpes b4 pi opis) daaaa.. pahtu kul 10, mula laa x tentu arah sbb lapa and kehabisan makanan. then call encik suami mintak bawakkan lunch secepat yang mungkin. ehem3.. hari2 encik suami masakkan lunch and bawak datang opis untuk lunch sesama. sweetttt x?? except for friday la sbb die kena pi semayang jumaat. ehehehehe.. ngeh3.. die masih menanti panggilan keje. tu yang jadi sura rumah.. ngeh3...

masalah kedua tu x kritikal sangat sbb x lama kelamaan akan kebuncitan jugak (yang melampau2 punyer). hurm.. paham2 je ler.. tapi masalah pertama tu mengganggu mental jiwa raga ok! huhu..

kat bawah ni gambar dalam opis aku. sorry ye bersepah. malas nak kemas beria2 sbb takut kena pindah nanti. kan opis aku kat sains nuclear. bermakna tempat asalku bukan di sini.
ok. ok chow.. nak sambung wat lecture notesssss

hasilnya blur dengan camera phone