Alhamdulillah... US visa dah pon di approve. Pagi tadi di US embassy London. Syukur sebab segala process berjalan dengan lancar sekali. Walaupon appointment dah di tetapkan pukul 12 pm tapi aku sengaja pergi awal. Bertolak pukul 5 pagi drp Bristol dan sampai di London pukul 7.30. Sesampai di US embassy, pukul 8 pagi dah panjang queue untuk masuk ke dalam sana untuk visa interview. Aku pon join sekali lah. After security check, biometric fingerprint, interview dan courier payment, dalam pukul 9 dah settle sumer. Gulp! awalnyaaa... padahal bus untuk balik ke Bristol ialah pada pukul 6.30 petang. Nak taknak, terpaksa la beli tiket bus baru. Melayang 20 pound. sob3.. tapi OK la drp dok tercanguk kat London dengan xde aktiviti yang best. kan puasa. bukannya leh pi makan kat Malaysian Hall pon. Nak shopping pon kang ade yang pengsan sbb penat sangat. 10.30 am bus bertolak ke Bristol. Kul 1 petang dah selamat sampai kat bilik.
Flight dah beli, hotel dah booked, visa dah approved. Sekarang tunggu diorang pulangkan passport including US visa inside and then menghitung hari hingga 27 August untuk bertolak ke Denver, Colorado. Nampaknya beraya kat dalam dewan conference la kali ni.. uwaaaaa...
0 comments:
Post a Comment