dah berhari2 niat nak tulis entry pasal trip ke Denver ni tapi di sebabkan rasa malas dan x cukup masa membuatkan niat ni terbantut. tapi sekarang dah ada masa dah sikit. aku baru je abis presentation petang tadi dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. so, dah lega dah and boleh fokus untuk berpoya2.
hotel yang aku bermalam iaitu Comfort Inn dekat dengan tempat conference (Sheraton Hotel Downtown Denver). Jalan kaki 3 minit sahaja. Nak yang dekat kena la bayar mahal. Gulp! memang mahal which is 130 USD per night including tax. Asalnya 100 je tapi taxnya yang lelebih. oh ya.. diorang bagi bilik hotel yang ada 2 katil double dan aku dok sorang2. perghh.. heaven betul laa.. hehehe
Day 0 (27/8):
Arrived Denver International Airport (DIA) around 9 pm. urusan dekat airports (Dallas, Texas and DIA) x de masalah langsung. then, tunggu bus for 30 minutes untuk ke hotel/downtown. ingat nak naik taxi tapi leh bayang tak bape kena cas for 45 minutes journey? x kuasa i. terpaksa la naik bus walaupon x tau nak stop kat mana and camne nak cari hotel. tapi ingat pepatah 'malu bertanya sesat jalan'. so, aku tanya la drp pakcik driver bus ke sesapa entah kat tepi jalan tu, akhirnya jumpa hotel which is not too far from bus station. berjaya check in dalam pukul 11 lebih and lepas tu kiok laa.. opss.. masa tu puasa lagi, kena tido awal sbb nak bangun sahur. naseb bek bawak bekal meggi. so, melantak megi la ape lagi.
Day 1- Day 4 (28/8 - 31/8):
conference start pada pukul 810 am everyday. and abis lebih kurang kul 5-6 pm. so, routine sepanjang 4 hari tu sama je. pepagi pi conference, tengahari balik hotel untuk solat, then pi conference lagi, petang balik hotel untuk berehat2 and layan jetlag. ape yang aku makan sepanjang 4 hari tu? bekal meggi agak banyak. so, 2 hari pertama sahur megi berbuka pon megi. hari ke 3 baru terjumpa kedai noodles yang xjauh drp hotel. masa tu dah lega sbb dah xyah makan megi dah.. hehe
All the presentations were REAAAALLLLLYYYYYYYY good and semuanya drp scientist2 yang ternama. cam xcaya je leh tgk in person diorang ni suma. cuma hari ke 4 (today) aku xleh fokus sangat sbb takut nak present. ape pon rasa sangat bangga dan bertuah boleh join conference ni yang aku kira agak besar dimana more than 12000 peoples yang take part. patut berterima kasih pada organizer yang bagi aku peluang untuk present in this wonderful conference. rasa cam nak join lagi in the future!! tapi peluang mesti la dah makin susah. kalu ni dapat present pon sbb my supervisor, Ian Manners is one of the organizers.
esok last day of the conference. my collegue akan bagi talk esok pagi. so, nak kena pi tengok. maybe lepas tu aku akan curi sikit masa untuk keluar jalan2 kat dekat downtown denver ni. lom amek gambar pon lagi untuk di jadikan kenangan. almaklum la aku skrg bukan macam dulu. dulu gile camera tapi skrg malas gile nak bergambar. maybe sbb usia dah makin meningkat kut.. yo yo o je..
oh ya.. aku langsung lupa yang hari semalam, hari ini dan hari2 esok ialah hari raya. lupa sebab langsung x rasa cam raya. huhu... ape2 pon aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada rakan2 yang baca blog ni.
OK! jetlag dah kembali bertandang. nak tunggu isya' lagi beberapa minit then nak titon!! papai..
0 comments:
Post a Comment