Kali ini aku bersiaran secara langsung daripada bilik no 60, bangunan sains nuclear, fakulti sains dan teknologi, UKM.. cewahhh! minta maaf wahai blog sbb dah lama gile x hupdate. sumenye gara2 di hantu kebizian dan kemalasan. hohoho
ramai yang dah tau aku dah kembali ke 'jalan yang benar'. tanggungjawab di bristol telah pun selesai kini kena melunaskan tanggungjawab di tanah air pulak. alhamdulillah sejak menjejakkan kaki kembali di KLIA pada 11 sept 2011, semua urusan aku di permudahkanNya. dari segi kerjaya, uwang, rumah dan segalanya. Thank you ALLAH!
aku sangat berterima kasih kepada mr wan sbb bagi kami tumpang rumah sementara di seksyen 8, bandar baru bangi. dan sekarang ni kami telah pun selamat memasuki rumah sewa. sewa je dulu, once dah permanent kita cari rumah sendiri pulak. segala keperluan dalam rumah sume dah mencukupi. seronok weh ada rumah! rasa cam nak dok kat umah je sepanjang masa. lebih2 lagi bila dah ada astro. ehehe.. asalnya berat hati je nak langgan astro tapi sbb encik suami suka tengok channel sport and aku pulak x larat nak teman die setiap ujung minggu pi kedai mamak memalam buta. so, subscribe je lah. senang keje! skrg ni tinggal tunggu orang TM datang pasang tenet je la.
pasal keje pulak, setakat ni x busy sangat pon. tengah buat lecture notes, soklan untuk final exams, supervise 2 orang students and monitor lab. tapi ade lagi sisa2 keje drp phd dulu. nak kena siapkan papers untuk di publish.
ape lagi eh.. ok, skrg tengah cari driving school untuk dapatkan lesen kete. hehe.. orang lain dah pakai kete besar2 aku pulak baru nak belajar. wat malu jeh.. xnak amek sbnarnya sbb takut nak drive tapi bile fikir sampai bila nak suh encik suami jadi driver. kesian die pulak.. nak tanak kena la beranikan diri. huhu
oh ya!! actually aku tengah testing computer baru ni. baru je amek drp pusat teknologi maklumat, ukm. best!! baru dan spec die boleh tahaaaannn.. seronok3.. hehehe
rasa cam dah panjang bebenor dah ni. lain kali pulak la aku sambung. lain kali tu xtau la bila pulak.. huhu. compare ngan masa tengah belajar dulu, skrg ni 24 jam jadi xcukup dah.. bak kata encik suami, 'selamat datang ke alam berkerjaya dan berkeluarga'
:)
4 comments:
selamat kembali ke malaysia..lah dah duk kt ukm ke..so yazid pun duk kt area ukm gak ke...kirim salam kt yazid.
giler ar.. sampai KLIA 11 Oct.. back to the future la Dr skang nie.. hehe..
Then bangunan sains nuklear pulak tu.. mantap tu.. hehe..
Owh, alam bekerja n berumah tangga memang tak cukup 24 jam ek..
camtu malas la nak keje.. belajar jer.. smpai bile2.. boleh tak?
yey..ada pon update ko..hahaa~seronok aku ramai kawan2 bertapak di area sini lepas kahwin..wlcome back yus..make sure kita tak putus contact tau!
Kumbang Jingga: terima kasih. ha ah. yazid pon dok kat sini jugak. die kem salam balik and die mintak no talipon kau. die ngah cari geng untuk main badminton
Encik Zamir: hahahaha... back to the future eh? menyentapp.. bangunan kimia dah penuh. tercampak kat sains nuclear. sob3.. diorang nak suh akak exercise untuk ilangkan baby fat kut... awak xyah keje pon xpe. wat research je sepanjang masa. tu pon keje jugakkss
Nona: hehehe.. akhirnya ade jugak kerajinan untuk mengupdate. hehehe. tunggu invitation aku untuk house warming ok. miss youu.. muahhh
Post a Comment